Your daily mailbox is boring? Let me share my boringness with you. Enter your email address here:

Delivered by FeedBurner

Malaysian Computer Technical Blog (Info)

Tuesday 8 June 2010

Nuklear FAQ 4

Q: Berapa banyakkah sisa nuklear yang dihasilkan oleh loji-loji nuklear di dunia?

A: Sisa-sisa nuklear yang dihasilkan pada masa kini, 97% daripadanya dikategorikan sebagai sisa peringkat rendah dan sederhana. Sisa ini biasanya dibuang di tempat pembuangan sisa nuklear yang ditetapkan dan tidak akan mendatangkan risiko atau kemungkinan cemaran.

Bagi sisa-sisa peringkat tinggi yang dianggarkan sebanyak 12,000 tan dihasilkan di seluruh dunia, kaedah pengurusan sisa ini adalah berbeza dengan mengambil kira kesan dan risiko yang mungkin dihadapi pada masa hadapan.

Nuklear FAQ 3

Q: Bolehkah loji janakuasa nuklear ini menghasilkan letupan seperti bom atom jika berlaku sebarang kemalangan?

A: Secara umum, adalah sesuatu yang mustahil bagi sesebuah loji janakuasa nuklear untuk menghasilkan letupan seperti bom atom akibat kemalangan dan kegiatan sabotaj. Hal ini adalah kerana komposisi bahan yang digunakan sebagai bahan api untuk penjanaan elektrik adalah amat berbeza dengan bahan-bahan yang terdapat dalam bom atom.

Kejadian kemalangan di Chenobyl, suatu kemalangan yang paling dahsyat dalam sejarah tenaga nuklear tidak menghasilkan letupan yang kuat seperti bom atom walaupun diakui terdapat beberapa siri letupan yang menyebabkan pembebasan bahan radioaktif ke udara.

-Sumber: Soalan-soalan yang kerap di tanya mengenai Kuasa Nuklear, Agensi Nuklear Malaysia.

Monday 7 June 2010

Nuklear FAQ 2

Q: Apakah kelebihan sumber tenaga nuklear?

A: Secara umum, loji kuasa nuklear mempunyai rekod keselamatan yang sangat cemerlang sejak hampir 60 tahun yang lalu apabila loji kuasa nuklear mula dibina pada tahun 1950-an. Sumber tenaga nuklear mampu:

i. menjamin keselamatan pembekalan tenaga negara kerana semua jenis tenaga jenis bahan api nuklear, iaitu uranium, thorium dan plutonium mengandungi tenaga specifik yang tinggi.

ii. keselamatan pembekalan tenaga negara tentunya akan lebih terjamin, terutama dalam keadaan pengurangan (depletion) sumber tenaga yang lain dalam negara, terutama simpanan dan rizab minyak mentah dan gas asli negara.

iii. melindungi alam sekitar, kerana dari segi perlindungan alam sekitar, kadar penghasilan gas rumah hijau atau karbon(carbon burden) yang jauh lebih rendah bagi setiap unit kuasa elektrik yang dijana, dan berjaya mengurangkan kira-kira 8% daripada jumlah penghasilan karbon dioksia dunia berbanding dengan sumber tenaga lain. Keseluruhan rantaian bagi penjanaan kuasa nukelar (production chain) daripada perlombongan uranium sehingga kepada pelupusan sisa nuklear hanya menghasilkan di antara 1 hingga 6 g karbon bagi setiap kilowatt-jam elektrik.

-Sumber: Soalan-soalan yang kerap di tanya mengenai Kuasa Nuklear, Agensi Nuklear Malaysia.

Nuklear FAQ 1

Q: Berapakah kuasa elektrik yang dijanakan oleh sebuah loji kuasa nuklear secara am?

A: Secara am loji kuasa nuklear menjana kuasa elektrik antara 500 MWe hingga 1500 MWe. Pada tahun 2007, purata penjanaan kuasa elektrik yang dihasilkan oleh sebuah loji kuasa nuklear adalah 850 MWe.

Terdapat 439 buah loji janakuasa nuklear yang beroperasi di 30 buah negara di seluruh dunia. Peratusan tenaga elektrik yang dihasilkan oleh loji janakuasa nuklear ini adalah 16% daripada jumlah keseluruhan tenaga elektrik dunia.

- Sumber Soalan-soalan yang kerap di tanya mengenai Kuasa Nuklear, Agensi Nuklear Malaysia.